Ahad, 9 Ogos 2009

Selamat Hari Kebangsaan!


















Hello Semua!












Hari ini ialah Hari Kebangsaan Singapura yang ke-44 tahun.Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan!Bagi ramai orang ia mungkin hari yang gembira tetapi bagi saya ini adalah hari yang paling sedih buat saya kerana setiap Hari Kebangsaan,ia mengingatkan saya tentang arwah datuk saya.












Pada hari ini pada tahun 2002 datuk saya meninggal dunia akibat sakit jantung.Umur saya baru 7 tahun pada masa itu.Setiap tahun saya terkenang wajahnya dan masa yang kami kongsi sepanjang hidupnya.Dia lah seorang datuk yang saya amat sayangi.Tiada sesiapa yang dapat mengambil alihnya.












Baiklah mari kita lupakan perkara itu.Hari ini saya tidak kemana-mana tetapi ke rumah nenek untuk kenduri doa selamat.Namun,Hari Jumaat lalu ialah hari yang seronok buat saya kerana saya,abang serta Cikgu Jayz dan lain-lain telah membuat persembahan di hadapan sekolah semasa menyambut Hari Kebangsaan.Ia sungguh seronok sekali!Walaupun saya banyak membyat silap semasa bermain 'bass' saya.Haha!Namun saya berasa seronok sekali.Ini adalah satu-satunya gambar yang dapat dipetik oleh Mr Janson Yong.Terima Kasih kepadanya.








Baiklah itu sahaja yang saya dapat kongsi dengan anda semua.Selamat malam!






2 ulasan:

  1. hello dan. satu kiriman yang menarik! saya suka. dah saya gembira dapat melihat banyak gambar di blog kamu! hmm, mana karangan kamu?heh

    BalasPadam