Semasa aku mengemas kain baju di almari,aku terpandang sehelai baju biru yang aku pakai semasa menghantar sahabat karibku ke lapangan terbang.Dia mengikut keluarganya yang ingin bermastautin di Australia.Air mataku berlinangan mengingatkan kenangan-kenangan manis yang aku kongsi bersamanya.Hamimah telah menceriakan hidupku dengan lawak jenakanya ketika aku berasa marah.Saat-saat yang paling indah.Aku teringatkan baju biru yang aku pakai semasa menghantarnya ke lapangan terbang untuk bermastautin ke Australia.Baju itu adalah baju yang dibelinya semasa hari jadiku yang ke-14.Baju itu juga memegang kenangan yang sangat indah.
Ketika kami keluar ke Esplanade,aku memakai baju itu yang dibeli oleh Hamimah.Sedang kami duduk di sana,Hamimah termuntah ke arahku dan bajuku penuh dengan muntahnya.Badanku sangat berbau.Aku terus menuju ke tandas yang terdekat lalu membasuh baju itu.Nasib baik muntahnya tidak begitu banyak.Selepas aku membasuh bajuku,aku pun keluar dari tandas dan melihatnya berdiri di luar,menunggukan aku.Dia meminta maaf tetapi aku menyatakan bahawa dia tidak bersalah langsung.Mukanya kembali ceria dan kami pun meneruskan perjalanan pulang.Aku menghantarnya sampai di Pertukaran Bas Yishun.Aku pun pulang apabila die sudah masuk ke dalam bas.
Beberapa hari yang sudah,aku tidak dapat pesanan darinya.Kami tidak berbual selama satu minggu.Tiba-tiba aku dapat pesanan darinya memberitahu aku yang dia akan berangkat ke Australia pada minggu yang akan datang.Aku terkejut.Tidakku sangka dalam masa yang singkat Hamimah akan meninggalkanku buat selama-lamanya.Aku menahan emosiku dan mengucapkan selamat tinggal kepadanya.Aku memberitahunya bahawa aku akan sering mengingatinya dan merinduinya dimana dia berada.
Hari Hamimah akan berangkat ke Australia telah tiba dan aku menghantarnya ke lapangan terbang.Aku memakai baju biru yang dihadiahkan olehnya sebagai ingatan kenangan manis yang kami kongsi selama ini.Air mata mula berlinangan dari matanya.Aku memberitahunya bahawa semua akan baik.Kami mengucapkan selamat tinggal buat kali yang terakhir dan dia pun menaiki kapal terbang tersebut dan meninggalkan aku keseorangan.Walaupun Hamimah,sahabat karibku,telah pergi,aku akan tetap mengingatinya dan menyayanginya.
Waduh! Tidak saya sangka anak murid saya ini orangnya romantis dan begitu sensitif sekali. Hamimah seh. Hehe. Keseluruhan, penguasaan Bahasa bagus cuma ada beberapa perkataan yang memerlukan imbuhan. Sila baca semula kiriman kamu dan cuba letakkan imbuhan yang sesuai. Lagipun, kenapa Hamimah tiba-tiba termuntah di baju awak? Tulislah tertumpahkan air kah, makanan kah, muntah pula. Sungguh menggelikan. Ish. Dan, Hamimah ni buah hati kamu yah?Hehe
BalasPadamBahasa: 14/20
Isi : 14/20
Jumlah: 28/40