Khamis, 27 Ogos 2009

Jurnalku:Pengalaman Berpuasa pada 27hb Ogos

Pada 27hb Ogos 2009,Cikgu Jariah telah memberi tugasan untuk menceritakan pengalaman aku berpuasa.Inilah benda-benda yang aku telah buat semalam.
3.00 pagi Aku bangun dari tidur dan sahur untuk
mengisi perutku supaya aku tidak rasa lapar pada hari
keesokannya.Mata aku rasa sangat berat sekali.

6.30 pagi Bangun pagi.Rasa tidak boleh bangun!Badan rasa sangat
letih dan tidak larat hendak ke sekolah.

7.20 pagi Tiba di sekolah.Perut aku rasa kenyang kerana telah
sahur pada hari semalam.
10.30pagi Tiba masanya untuk waktu rehat.Perut aku mula
berkeroncong seperti seorang sedang bermain gendang!
Melihat kawan-kawan aku berbangsa cina makan
membuat aku rasa lapar sekali.Tetapi aku bertahan.

4.00petang Tiba di rumah dan terus ke tandas dan mandi.Aku berasa
segar sesudah mandi.Aku pun bermain komputer untuk
melepaskan waktu.

6.45 pagi Setengah jam lagi untuk berbuka!Aku tolong mak aku
menyediakan hidangan-hidangan di atas meja.Nenek aku
masak ayam merah.Fuh!meleleh air liurku.Ayam merah
ialah satu-satunya hidangan kegemaranku.Waktu buka
nanti aku akan makan sepuas-puas hatiku.
7.15petang Kedengaran azan menandakan waktu maghrib dan
waktu berbuka!Aku serta keluargaku berbaca doa makan
lalu makan makanan yang tersedia.Hidangan-hidangan
yang tersedia ialah ayam merah,lemak cili padi(lauk
semalam),goreng pisang dan 'vadeh' yang dibeli di
Woodlands.
Itu sahajalah yang telah aku buat pada 27hb Ogos 2009 berpuasa hampir-hampir satu minggu.
p.s aku cuti dari sembahyang terawih pada hari itu....ehek ehek ehek ehek~

Khamis, 20 Ogos 2009

Karangan 1

Semasa aku mengemas kain baju di almari,aku terpandang sehelai baju biru yang aku pakai semasa menghantar sahabat karibku ke lapangan terbang.Dia mengikut keluarganya yang ingin bermastautin di Australia.Air mataku berlinangan mengingatkan kenangan-kenangan manis yang aku kongsi bersamanya.Hamimah telah menceriakan hidupku dengan lawak jenakanya ketika aku berasa marah.Saat-saat yang paling indah.Aku teringatkan baju biru yang aku pakai semasa menghantarnya ke lapangan terbang untuk bermastautin ke Australia.Baju itu adalah baju yang dibelinya semasa hari jadiku yang ke-14.Baju itu juga memegang kenangan yang sangat indah.



Ketika kami keluar ke Esplanade,aku memakai baju itu yang dibeli oleh Hamimah.Sedang kami duduk di sana,Hamimah termuntah ke arahku dan bajuku penuh dengan muntahnya.Badanku sangat berbau.Aku terus menuju ke tandas yang terdekat lalu membasuh baju itu.Nasib baik muntahnya tidak begitu banyak.Selepas aku membasuh bajuku,aku pun keluar dari tandas dan melihatnya berdiri di luar,menunggukan aku.Dia meminta maaf tetapi aku menyatakan bahawa dia tidak bersalah langsung.Mukanya kembali ceria dan kami pun meneruskan perjalanan pulang.Aku menghantarnya sampai di Pertukaran Bas Yishun.Aku pun pulang apabila die sudah masuk ke dalam bas.



Beberapa hari yang sudah,aku tidak dapat pesanan darinya.Kami tidak berbual selama satu minggu.Tiba-tiba aku dapat pesanan darinya memberitahu aku yang dia akan berangkat ke Australia pada minggu yang akan datang.Aku terkejut.Tidakku sangka dalam masa yang singkat Hamimah akan meninggalkanku buat selama-lamanya.Aku menahan emosiku dan mengucapkan selamat tinggal kepadanya.Aku memberitahunya bahawa aku akan sering mengingatinya dan merinduinya dimana dia berada.
Hari Hamimah akan berangkat ke Australia telah tiba dan aku menghantarnya ke lapangan terbang.Aku memakai baju biru yang dihadiahkan olehnya sebagai ingatan kenangan manis yang kami kongsi selama ini.Air mata mula berlinangan dari matanya.Aku memberitahunya bahawa semua akan baik.Kami mengucapkan selamat tinggal buat kali yang terakhir dan dia pun menaiki kapal terbang tersebut dan meninggalkan aku keseorangan.Walaupun Hamimah,sahabat karibku,telah pergi,aku akan tetap mengingatinya dan menyayanginya.

Ahad, 9 Ogos 2009

Selamat Hari Kebangsaan!


















Hello Semua!












Hari ini ialah Hari Kebangsaan Singapura yang ke-44 tahun.Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan!Bagi ramai orang ia mungkin hari yang gembira tetapi bagi saya ini adalah hari yang paling sedih buat saya kerana setiap Hari Kebangsaan,ia mengingatkan saya tentang arwah datuk saya.












Pada hari ini pada tahun 2002 datuk saya meninggal dunia akibat sakit jantung.Umur saya baru 7 tahun pada masa itu.Setiap tahun saya terkenang wajahnya dan masa yang kami kongsi sepanjang hidupnya.Dia lah seorang datuk yang saya amat sayangi.Tiada sesiapa yang dapat mengambil alihnya.












Baiklah mari kita lupakan perkara itu.Hari ini saya tidak kemana-mana tetapi ke rumah nenek untuk kenduri doa selamat.Namun,Hari Jumaat lalu ialah hari yang seronok buat saya kerana saya,abang serta Cikgu Jayz dan lain-lain telah membuat persembahan di hadapan sekolah semasa menyambut Hari Kebangsaan.Ia sungguh seronok sekali!Walaupun saya banyak membyat silap semasa bermain 'bass' saya.Haha!Namun saya berasa seronok sekali.Ini adalah satu-satunya gambar yang dapat dipetik oleh Mr Janson Yong.Terima Kasih kepadanya.








Baiklah itu sahaja yang saya dapat kongsi dengan anda semua.Selamat malam!