Khamis, 23 Julai 2009

Burung Kakak Tua versi Rok oleh Dan Rizda

Hi semua!!!





Ini ialah rakaman saya bertajuk "Burung Kakak Tua" versi rok atas permintaan Cikgu Jariah.Disebalik rakaman ini,saya selalu disuruh menyanyi lagu ini jika saya lambat masuk ke kelas Cikgu Jariah(apalah nasib?).Rakaman ini diambil di komputer abang saya yang mempunyai perisian(software) rakaman audio yang mantap sekali.Rakaman audio ini diambil pada hari ia diumumkan oleh Cikgu Jariah.Saya melakukan rakaman ini sendiri dan tiada sesiapa yang membantu saya.





Saya berasa seronok sekali dapat membuat rakaman ini dan kongsi bersama anda semua dan ini ialah kali pertama saya membuat versi rok untuk sebuah lagu tradisional.Jadi saya harap anda semua suka dengan lagu ini dalam versi rok!



Hidup Rok!

Terimalah Burung Kakak Tua

Khamis, 9 Julai 2009

Tentang Diri Saya...

Nama saya ialah Muhd Daniel Risda.Saya berusia 14 tahun.Tarikh lahir saya ialah 15 Mei 1995.Saya gemar bermain gitar dan mempunyai sebuah kumpulan kugiran bernama "Through Sympathy".Kami pernah buat pesembahan pada cuti sekolah Jun.Kami berasa seronok sekali dapat membuat persembahan.

Saya berharap suatu hari nanti kumpulan saya dapat menjadi terkenal.

Mengenai diri saya.Saya adalah seorang budak yang pendiam dan suka berjenaka.Saya juga seorang yang pemalu dan tidak banyak berbual dengan perempuan.Saya mempunyai 4 adik beradik dan saya adalah anak yang ke 3.Kami adik beradik gemar bermain muzik dan mempunyai kumpulan kugiran masing-masing.Itu sahaja yang anda perlu tahu tentang diri saya.